Monday, November 1, 2010

Sukan Permainan Tradisional SK Setapak 2010


Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampirsetiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu.Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian.

Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian.Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat.

Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Kelab permainan tradisional SK Setapak, dengan berbesar hati telah menganjurkan Kejohanan Sukan Permainan Tradisional 2010 bertempat di SK Setapak. Sukan Permainan Tradisional telah diadakan dengan berjayanya pada hari Sabtu 30 Oktober 2010.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada beberapa orang guru iaitu tunjang utama untuk merealisasikan sukan ini. Mereka adalah En Mohd Shukri Bin Abdullah, ( GPK Ko-Ko ), Pn Halilah Bt Bujairomi, Cik Misra ( SU Ko-Ko ), En Azuraiman ( Buat padang ), En Shahrul ( Buat padang) , serta tidak ketinggalan Jawatankuasa yang lain, yang turut sama membanting tenaga menjayakan sukan ini..

Pada kali ini, hanya 6 jenis permainan tradisional yang dipertandingkan iaitu, Galah panjang dan Konda Kondi untuk murid tahun 5 & 6, permainan "Rounders" dan Guli untuk murid tahun 3 & 4, serta permainan Ketingting dan Selipar Kaki 3 untuk murid tahun 1 & 2. Pada edisi yang pertama ini, Rumah Biru telah menjadi Johan Keseluruhan Sukan Permainan Tradisional 2010.


Berikut adalah beberapa gambar untuk santapan mata bersama.


No comments:

Post a Comment