Tuesday, July 26, 2011



SUKAN TAHUNAN KALI KE 44

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke- 44 Sek. Keb. Setapak telah berlangsung pada 23 Julai 2011 ( Sabtu ), bertempat di Padang SK Setapak. Kejohanan sukan pada kali ini begitu meriah kerana telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Hj. Zulhasnan Bin Rafique iaitu Ahli Parlimen Setiawangsa. Warga SK Setapak juga mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi Eksekutif, KUB Malaysia Berhad iaitu Dato' Hj. Abdul Halim bin Hj. Abd. Samad atas sokongan padu beliau dalam menjayakan sukan pada kali ini. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua warga SK Setapak yang telah bertungkus lumus menjayakan sukan tahunan pada kali ini.


Kejohanan sukan kali ini, berbeza berbanding 5 tahun kebelakangan ini kerana ia dilangsungkan di padang sekolah dengan suasana yang begitu bewarna-warni. Pelbagai acara padang berjaya dijalankan seperti yang dirancang. Antaranya lari pecut 60 m, lari 60 m berpagar, lari 4x100 m, 4x50 m, 4x200m dan sebagainya. Selain itu, acara balapan telah berlangsung pada 19-21 Julai 2011. Antara acara yang dipertandingkan ialah lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh. Acara sukan tahunan juga dimeriahkan lagi dengan penglibatan murid-murid Pra Sekolah dan PPKI.


Tahniah................ diucapkan kepada rumah sukan yang telah menjuarai Kejohanan Sukan Tahunan pada Kali Ke 44. Rumah Temenggung ( Kuning ) telah menggondol 2 kejuaraan iaitu Johan Keseluruhan Sukan dan Johan Hiasan Khemah Terbaik. Namun demikian, persaingan yang hebat diantara rumah-rumah sukan yang masing-masing tampil dengan kreativiti tersendiri. Rumah Syahbandar ( Hijau) yang bertemakan Rimba Raya, Rumah Bendahara ( Biru ), bertemakan Samudera Laut, Rumah Laksamana ( Merah ), mengenengahkan semangat Patriotisma dan Rumah Temenggung ( Kuning ) berkonsepkan Istana Temenggung. Acara sukan kali juga dimeriahkan lagi dengan persembahan yang cukup memukau para tetamu. Berkongsepkan tradisional dan kontemporari, menyerlahkan lagi tarian yang dipersembahkan.


Sukan Tahunan SK Setapak Kali Ke 44 telah melabuhkan tirainya dengan meriah sekali. Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan temasya sukan pada kali ini. Kepada yang berjaya, tingkatkan usaha supaya mengekalkan kejayaan dan kepada mereka yang kurang berjaya, teruskan usaha anda......

No comments:

Post a Comment