ORGANISASI

                                                          
 CARTA ORGANISASI INDUK
SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK
CARTA ORGANISASI INDUK SK SETAPAK

--------------------------<><><><><><><><><><>-------------------------  


PIHAK PENTADBIR SK SETAPAK


 PN. HAJAH HASNAH BINTI HJ DAUD
  GURU BESAR

 EN. YUSRI BIN HASBULLAH
  GPK TADBIR DAN KURIKULUM

EN. ZAININ BIN JOHARI
 GPK HAL EHWAL MURID ( HEM )

 EN. SHUKRI BIN ABDULLAH
 GPK KO- KURIKULUM

PN. NOOR ASHIKIN BINTI TAHAREM 
GPK PENDIDIKAN KHAS

--------------------------<><><><><><><><><><>-------------------------   



SEJARAH PENUBUHAN 
SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK



Sekolah Kebangsaan Setapak merupakan salah sebuah sekolah yang tertua di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kewujudannya pada tahun 1893 adalah hasil daripada cadangan dan usaha Penghulu, Tuan Pusu dan Ketua Kampung, Dato Sati.  Lokasi sekolah ini terletak bersebelahan dengan Masjid Setapak.  Pelajar sulungnya terdiri dari 40 orang murid lelaki dan 3 orang tenaga pengajar termasuklah Guru Besar yang pertama, Encik Muhammad Amin.  Setelah 6 tahun (1899), barulah murid perempuan diterima belajar disini.  Kelas tersebut di bawah asuhan Puan Zainab iaitu guru perempuan yang pertama mengajar di sekolah ini.

Pada tahun 1909, tapak sekolah ini di dipindahkan ke kawasan sekarang dan dinamakan Sekolah Melayu Setapak.  Pada tahun 1962, sebuah bangunan dua tingkat telah didirikan untuk menampung bilangan murid yang semakin ramai.  Nama sekolah ini juga telah ditukar sekali lagi dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Setapak dan dikekalkan sehingga sekarang.  Pada tahun 1983, sebuah bangunan baru  telah didirikan lagi. Bangunan ini mengandungi 6 bilik darjah.  Bagi menampung murid-murid yang semakin ramai, sebuah bangunan tambahan satu tingkat didirikan pada tahun 1990.

Bagi memberi kemudahan kepada murid-murid Islam untuk menjalankan aktiviti keagamaan, sebuah surau telah didirikan bersebelahan kantin sekolah.  Ia dibina pada bulan Mei 1986.  Pembinaan surau ‘Madrasah Al-Hazwan’ ini dibiayai oleh Yang Berhormat Encik Idris bin Basri, Wakil Rakyat kawasan setapak.  Bangunan ini telah dirasmikan oleh yang Berhormat Tuan Haji Bujang bin Ulis, Timbalan Menteri Pelajaran pada tahun 1986.

Kemudian pada tahun 1994, sebuah bangunan empat tingkat dibina yang mengandungi 15 bilik darjah dan satu dewan besar.



SUMBER RUJUKAN,
Profil Sekolah SK Setapak
Institut Aminudin Baki

--------------------------<><><><><><><><><><>-------------------------