Wednesday, June 24, 2009

Hari Guru SK Setapak

Antara barisan guru-guru lelaki yang mencurah bakti di SK Setapak.

Antara barisan guru-guru yang bergambar mesra dengan Guru Besar Pn Halimah Binti Arjun.



Guru-Guru wanita SK Setapak bergaya di depan kamera.





Guru-guru lelaki sibuk menjalan kan tugasan dengan penuh bersemangat.



Tanggal 16 Mei setiap tahun adalah tarikh keramat bagi semua pendidik. Hari tersebut merupakan Hari Guru yang diraikan oleh semua guru di semenanjung Malaysia. Di Sabah, Sarawak,Johor, Perlis Kelantan dan di seantero Malaysia meraikan hari guru ini.

Di Sekolah Kebangsaan Setapak juga tidak melepaskan peluang meraikan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Pada tarikh 18/05/2009 sekolah mengadakan majlis sambutan Selamat Hari Guru Sekolah Kebangsaan Setapak dengan moto " Guru Pembina Negara Bangsa". Seperti biasa lagu "KERAMAT" iaitu Kami Guru Malaysia berkumandang dengan lantangnya. Setiap guru terkumat kamit melontarkan bait-bait lagu, mahupun ada juga sesetengah guru yang tidak hafal lagu keramat mereka sendiri. Sedihnya lagu ini hanya dinyayikan 1 tahun 1 kali.


Pada majlis tahun ini SK Setapak mengadakan beberapa aktiviti seperti, Cabutan Bertuah Untuk Guru-guru, Pertukaran Hadiah antara guru-guru, Pemberian Hadiah kepada guru oleh murid, Pertandingan Persembahan antara guru-guru, dan Persembahan murid-murid.


Majlis pada tahun ini berlangsung dengan jayanya. Majlis sambutan Hari guru pada tahun ini tamat pada pukul 2.00petang. Walaupun lewat, terpampar kepuasan di riak muka semua guru-guru SK Setapak.



SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUAYANG BERGELAR GURU!

No comments:

Post a Comment