Thursday, July 2, 2009

Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas

Adik Umar tesenyum puas bersama hadiah yang diraih.


Pada 22 Jun – 25 Jun 2009 telah berlangsung Pertandingan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2009 kali ke-7 bertempat di Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah.

Adik Umar Bin Hasfizal darjah 5A dari Sekolah Kebangsaan Setapak, telah terpilih menjadi wakil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagu kategori Hafazan BP Junior Lelaki. Adik Umar terpilih mewakili Kuala Lumpur kerana sebelum ini beliau menjadi Johan bagi acara yang sama di peringkat negeri.


Adik Umar Bin Hasfizal telah meraih tempat ke-2 ( Naib Johan ) keseluruhan. Johan disandang dari negeri Pahang manakala tempat ke-3 dari Negeri Sembilan. Pencapaian adik Umar adalah sesuatu yang amat dibanggakan oleh sekolah.

Terima Kasih juga kepada En Mohd Azman Bin Saleh guru pengiring merangkap jurulatih yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah dalam usaha melatih adik Umar ke peringkat yang terbaik.
Satu majlis penyampaian hadiah dilakukan sewaktu perhimpunan pagi di Sekolah Kebangsaan Setapak bagi menghargai usaha adik Umar. Hadiah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Norashikin.

Terima Kasih kepada adik Umar kerana mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Setapak.

1 comment: