Wednesday, August 12, 2009

Lawatan Sehari Ke Rembau dan Melaka

Pada 25hb Julai yang lalu, seramai 38 orang murid telah mengikuti satu lawatan ke Galeri Rembau d' Crystal di Rembau, Negeri Sembilan dan beberapa tempat menarik di Melaka dengan diiringi 3 orang guru pengiring (Pn. Rozita, Pn. Marliana dan Cik Misra) dan seorang pembantu pengurusan murid. (Kak Sabar kite la..) Ibu bapa pun ada yang ikut serta (cayalah!)...tapi naik kereta sendiri la...:)


Bangunan Rembau d' Crystal bercirikan Minangkabau

Tempat pertama yang kami kunjungi ialah Galeri Rembau d' Crystal yang merupakan satu syarikat yang dikongsi bersama pihak Yayasan Negeri Sembilan dan HM Crystal Sdn. Bhd. Ia ditubuhkan pada 6hb Jun 2007 dengan tujuan untuk mengkomersialkan produk kristal dengan mempelbagaikan pengeluaran berasaskan produk tersebut, contohnya seperti key chain, pasu, perhiasan rumah dan lain-lain lagi. (nak buat tempahan untuk barang hantaran perkahwinan pun boleh...) Kami berpeluang melihat bagaimana pengeluaran barangan kristal dan mencuba mempelajari teknik pengeluaran kristal. Produk-produk kristal yang telah siap, dipamerkan di dalam galeri dan dijual pada harga yang setimpal dengan pembuatannya.(hehehe...)





Kemudian, kami melawat ke Muzium Lebah di Ayer Keroh, Melaka . (masuk percuma,hehehe...) Di sana, kami berpeluang melihat pelbagai jenis lebah dan mencuba merasa khasiat madu lebah.

Bergambar di hadapan Muzium Lebah


Antara yang menarik di Muzium Lebah...







Kemudian, kami menikmati hidangan makan tengah hari di Restoran TomYam Klasik, Ayer Keroh, Melaka. Bukan sahaja murid-murid yang berselera menikmati nasi goreng ayam pada tengah hari itu, guru-guru juga cukup bersemangat menambah lauk. Hidangannya cukup enak...two thumbs up!! Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati! (errkk..)

Sedang enak menjamu selera

Kami dah kenyang!

Bila perut dah kenyang....ada sahaja aktiviti mereka...

Ikan ni telah diawetkan...

Banyak lagi gambar akan menyusul....

1 comment:

  1. hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    ReplyDelete