Friday, July 17, 2009

Kem Setiakawan Siri 5(2009) @ El Azzhar Camp,Morib

Pada 22 - 24 Mei 2009 yang lalu, seramai 36 orang murid telah menyertai perkhemahan Kem Setiakawan Siri 5 di El Azzhar Camp, Morib dengan diiringi 10 orang guru. Kem Setiakawan Siri 2 pada tahun 2006 pernah dijalankan di tempat yang sama. Nak tahu kenapa? Servis yang diberikan memang bagus, makanan (hmmm...memang sedap), kemudahan yang disediakan memang selesa (exspecially bilik penginapan guru,hehehe), aktiviti-aktiviti pun best (cikgu-cikgu pun join sekali)...serba serbi memang elok belaka lah....Kem Setiakawan pada kali ini dianggap berjaya kerana semua murid memberikan komitmen dan kerjasama yang bagus serta pergerakan mereka mudah dikawal sepanjang aktiviti yang dijalankan selama 3 hari 2 malam. Two thumbs up!


Antara guru-guru yang mengikuti perkhemahan pada kali ini.
(Dari kiri:Shira, Jasli, Raizan, Misra, Fairuz & Eone)

Pelbagai aktiviti yang menarik berlangsung di sana. Bukan murid-murid sahaja tau yang buat aktiviti, cikgu-cikgu pun turut serta dan memeriahkan suasana. Kita enjoy!!


Berikut adalah antara aktiviti yang dijalankan di sana...


Gayat pun gayat la...yang penting aku maintain macho kat atas ni...

Boleh ke tak aku langkah ni???

Inilah buktinya cikgu turut serta...sempat lagi senyum kambing...

Syafiq,tolong!!! Kayak kita dah senget! Kayuh ke kanan lagi...

Mana satu yang penting kat tengah lautan ni?? Bergambar la...

1,2,3...Peace!!! Badan penuh dengan lumpur, tapi masih sempat berposing..

Team cover! Alamak, kantoi! Seluar aku koyak, malunya!
Perkhemahan pada kali ini merupakan satu pengalaman berharga yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila oleh semua murid. Banyak peristiwa dan aksi menarik yang mencuit hati sepanjang 3 hari berkhemah di sana. Rugi siapa yang tak join sama! Semoga tahun depan, ada Perkhemahan Kem Setiakawan Siri 6, mungkin???

No comments:

Post a Comment